Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Wanita dipenjara tiga bulan terlibat penyalahgunaan dadah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Seorang wanita warga tempatan berusia 26 tahun dijatuhi hukuman penjara tiga bulan atau denda RM2,900 oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dalam pengawasan dua tahun selepas menjalani hukuman.

Tertuduh Genievie Lenya Sigun, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh seorang jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengambil dadah jenis ketamin dan ekstasi di hadapan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching kira-kira jam 4.55 pagi, 13 Febuari lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh di hukum di bawah Seksyen 15(1) jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Syariff memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News