Wanita direman angkara bergaduh

KUCHING: Lima individu termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam pergaduhan berkumpulan di kawasan letak kereta bangunan Dun lama di Petra Jaya semalam diarah menjalani tahanan reman selama empat hari bermula semalam.

Mahkamah majistret di sini mengarahkan kelima-lima suspek berusia diantara 25 ke 41 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan sehingga 19 Jun ini.

Suspek telah ditangkap secara berasingan pada jam 10.45 malam semalam di tepi jalan bersebelahan padang futsal di Batu 2 1/2 Jalan Matang berdekatan Kampung Pinang Jawa kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan berkumpulan pada awal petang yang sama di tempat letak kereta Dun lama.

Pergaduhan tercetus dipercayai berpunca daripada urusan jual beli dadah.

Ketika kejadian saksi terlihat kumpulan lelaki seramai 10 hingga 15 orang bergaduh dengan seorang wanita.

Sewaktu membuat permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan pegawai penyiasat memohon memerlukan masa bagi menyelesaikan kes.

Selain itu polis perlu mengesan rakan suspek yang masih bebas dan membuat saringan air kencing dan memeriksa rekod jenayah lampau suspek.