ARTIKEL

Anggota polis menutup mayat wanita yang ditemui maut dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan New World Parkcity Mall yang menempatkan parkir kenderaan.

Wanita ditemui maut hadapan lobi hotel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Seorang wanita tempatan ditemui maut dalam keadaan terlentang di atas jalan raya di hadapan pintu lobi sebuah hotel di Parkcity Square Commercial Centre, di sini, petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Nixon Joshua Ali ketika mengesahkan perkara itu berkata mangsa, berumur 45 tahun itu dipercayai telah terjun dari tingkat empat bangunan New World Parkcity Mall yang menempatkan parkir kenderaan.

Beliau berkata polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan ada kejadian seorang wanita telah terjun dari bangunan New World Park City Mall kira- kira jam 6.30 petang.

“Hasil daripada pemeriksaan awal ke atas mayat mangsa dan kawasan sekitar tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah yang dapat dikaitkan dalam kejadian ini.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan,”katanya.

Tambah Nixon lagi, hasil pemeriksaan pada badan mangsa, hanya menemui lesen memandu milik mangsa dengan nama tertera ‘Uncha Anak Remang’ beralamat di Rumah Lekong, Lepong Balleh.

Baca lain  Lelaki maut terjatuh dari barket belakang 4WD

Mayat, mangsa dirujuk ke Hospital Bintulu untuk tujuan bedah siasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang

Restoran Chef Arnold dikritik

CEF selebriti Indonesia, Chef Arnold, 35, mengakui kesal apabila restorannya dikecam oleh pengulas makanan, Codeblu. Menurutnya, pempengaruh TikTok itu mengunjungi restorannya baru-baru ini. Chef Arnold

Alternatif interpretasi karya sastera

MUZIK dan sastera merupakan dua aliran cabang seni yang sekian lama wujud dalam peradaban manusia. Muzik sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang