Trending

Wanita Iban, campuran Dayak dipelawa sertai Kumang Gawai Siburan 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SERIAN: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (AJKK) Kampung Sungai Barie, Serian akan menganjurkan Kumang Gawai Siburan 2023 pada 24 Jun ini.

Pengerusi Pertandingan, Phillip Jabu berkata program berlangsung di Dewan Kampung Sungai Barie, Serian itu nanti diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Gawai Dayak tahun ini. 

Katanya, penyertaan untuk pertandingan tersebut sudah dibuka dan yuran pendaftaran ialah RM50 bagi seorang peserta. 

“Peringkat saringan awal akan berlangsung pada 18 Jun kelak dan kita menyeru wanita Iban atau campuran Dayak terutamanya di Sarawak yang berminat menyertai pertandingan kali ini. 

“Bagaimanapun, mereka yang pernah memenangi pertandingan kumang diperingkat daerah serta bahagian tidak dibenar menyertai pertandingan ini,” ujar Phillip pada sidang media ringkas sebentar tadi.

Tambahnya, individu yang menyertai pertandingan kumang itu nanti diwajib menggunakan pakaian tradisional asli masyarakat Iban.

Jelas Phillip lagi, hadiah menarik menanti para pemenang untuk pertandingan itu kelak.

Juara (Kumang) akan menerima wang tunai RM2,000 manakala naib juara (Lulong) akan menerima hadiah wang tunai RM1,500. Bagi tempat ketiga (Selinggar Matahati), pemenang akan menerima wang tunai berjumlah RM1,000.

“Selain itu, peserta yang menduduki tempat keempat dan kelima masing-masing menerima wang tunai RM500 dan tiga individu yang berjaya ke pentas final masing-masing menerima wang tunai RM300,” katanya.

Phillip turut memberitahu, hadiah wang tunai RM300 dan RM200 bakal diterima individu yang berjaya memenangi kategori pakaian terbaik dan kategori berbakat.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru