ARTIKEL

Kredit: Freepik.com

Wanita Indonesia dipenjara masuk Malaysia tanpa permit perjalanan sah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang wanita warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana masuk ke Malaysia tanpa permit perjalanan yang sah.

Jamilah Amin, 22,mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh di mengikut Seksyen 6(3) akta yang sama dibacakan di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa berada di negara ini ketika ditangkap sebuah bangunan kedai di Batu Kawa, kira-kira jam 1.15 pagi, 23 November 2023.

Sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan sebat maksimum enam sebatan.

Afidah memerintahkan tertuduh diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas menjalani hukuman penjara.

Menurut fakta kes, ketika kejadian, sepasukan polis membuat satu serbuan di sebuah bangunan kedai kemudian menahan seorang wanita warga asing.

Hasil siasatan, mendapati tertuduh tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah selain semakan di JIM mendapati tiada pergerakan keluar masuk tertuduh ke Sarawak, Malaysia.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Iezzah Iburdanisha Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Saya tidak minta apa-apa – Wong Soon Koh

KUCHING: Bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak menuntut apa-apa jawatan dalam kabinet Kerajaan Sarawak sebagai syarat bagi pembubaran partinya

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap