ARTIKEL

Wanita jadi mangsa keldai akaun, pinjamkan tiga kad bank dengan habuan RM600

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Milton menunjukkan surat arahan lapor diri yang diterima oleh mangsa Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh pada Jumaat lalu.

KUCHING: Seorang wanita tempatan menjadi mangsa keldai akaun apabila meminjamkan tiga kad bank kepada rakannya September lalu.

Ketua Biro Pengaduan Awam Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) Milton Foo berkata, akibat masalah kewangan dan mempunyai dua orang anak kecil, mangsa berumur 21 tahun yang ingin dikenali sebagai Lau membenarkan rakannya, seorang lelaki menggunakan kad banknya serta dijanjikan bayaran RM200 bagi setiap akaun bank.

“Akibat tindakannya itu, mangsa menerima surat daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk melapor diri di Balai Polis Kg Baru Subang, Selangor jam 10 pagi hari ini bagi membantu siasatan.

“Disebabkan mangsa tidak dapat terbang ke sana, dia datang berjumpa dengan saya semalam dan saya menasihati dia untuk datang ke balai polis yang terdekat,”katanya kepada media selepas membantu mangsa membuat laporan di Balai Polis Padungan di sini, hari ini.

Milton berkata, surat tersebut turut menyatakan bahawa sekiranya gagal melaporkan diri pada masa dan tarikh yang ditetapkan, pihak polis akan melaporkan kepada Majistret untuk permohonan pengeluaran waran.

Beliau memberitahu, mangsa kemudiannya telah dirujukkan ke Balai Polis Sungai Maong, di sini untuk melapor diri dan memberi keterangan.

Beliau berkata, mangsa dijadikan sebagai medium dalam sindiket penipuan tersebut justeru perlu melaporkan diri kepada pihak polis agar siasatan dapat dijalankan untuk mengesan penerima akhir wang tersebut.

Malah katanya, mangsa lansung tidak menerima bayaran yang dijanjikan sebaliknya kesemua bank akaunnya dibekukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

“Dia hanya meminjamkan tiga kad bank dan dijanjikan bayaran RM600 tetapi keenam-enam kad bank dimilikinya dibekukan dan tidak dapat digunakan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Milton mengingatkan orang ramai untuk tidak memberikan kad bank kepada mana-mana individu untuk apa-apa tujuan.

Katanya, membenarkan akaun bank digunakan oleh pihak lain adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan membabitkan kes polis yang serius.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU