Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Wanita kasari anak tiri ditahan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MIRI: Seorang wanita berusia 41 tahun ditangkap selepas dilaporkan menampar dan mengugut anak tirinya di sebuah rumah di Taman Jelita Off Taman Tunku, semalam.

Kejadian kira-kira jam 7.05 petang itu berlaku selepas mangsa, 21, pulang ke rumah untuk mengambil barang peribadi dan bertanya mengenai Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya kepada suspek.

Suspek dilaporkan secara tiba-tiba marah lalu menampar bahagian pipi mangsa dan membuat ugutan untuk mengganggu dan membuat kacau di tempat kerja mangsa sehingga mangsa dibuang kerja.

Mengesahkan kejadian Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, suspek ditahan pada hari sama kejadian di rumahnya pada jam 8.20 malam.

Kes disiasat di bawah Sekysen 323 Kanun Keseksaan.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang