Trending

Wanita Kerajaan Perpaduan lafaz 5 tekad

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Memastikan pembabitan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam membuat keputusan di setiap peringkat demi memastikan hak serta kepentingan wanita terpelihara dalam konteks mengupaya dan mencapai kesaksamaan.

Itu antara lima tekad dinyatakan pada akhir Konvensyen Wanita Kerajaan Perpaduan yang julung kali diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Tekad lain adalah memastikan wanita mendapat pembelaan dan perlindungan dari aspek kebajikan, keselamatan, pendidikan, sosial dan hak asasi manusia.

Selain itu menjadi peneraju utama dalam pembangunan komuniti masyarakat Madani serta melaksanakan agenda pemerkasaan wanita bagi memastikan wanita memainkan peranan dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Seterusnya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dengan memastikan kesepakatan rakyat agar masyarakat majmuk di Malaysia menjalani kehidupan dalam suasana harmoni dan sejahtera.

Tekad berkenaan dinyatakan dalam bentuk ikrar yang dilafazkan bersama perwakilan konvensyen sebelum ditandatangani semua ketua wanita 19 parti politik dalam Kerajaan Perpaduan.

Bacaan ikrar tekad itu diketuai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri sebelum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kemudian menerima tekad itu.

Hadir sama, Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru