Wanita mati tergantung meninggalkan nota terakhir

KUCHING: Seorang wanita berusia 44 tahun ditemui mati tergantung, di kediaman dua tingkatnya di Jalan Song.

Ahli keluarga menjumpai penemuan ngeri tersebut pada jam 5 petang.

Satu nota tulisan tangan ditemui di tempat kejadian mengatakan bahawa si mati mengalami kemurungan dan tidak dapat tidur dalam beberapa tempoh masa walaupun di bawah pengambilan ubat.

Dia memutuskan untuk mengambil keputusan sendiri untuk meringankan beban ahli keluarganya, dan sangat berterima kasih dan menghargai sokongan mereka.

Pegawai perubatan telah dipanggil ke tempat kejadian dan mengesahkan kematian si mati.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani ketika dihubungi mengesahkan bahawa memang terdapat kes seperti itu, beliau enggan mendedahkan lagi butiran lanjut dan berkata bahawa siasatan masih dijalankan.

“Kami masih menyiasat,” kata Awang Din ketika dihubungi.

Nota tulisan tangan mangsa yang ditinggalkan di tempat kejadian.

Suara Sarawak