ARTIKEL

Wanita maut dalam rumah diklasifikasi mati mengejut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kes seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam rumahnya di Pangsapuri Siantan Taman Putra Perdana di sini semalam diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt G. Shan Gopal berkata wanita berusia 46 tahun itu didapati tinggal seorang diri dan hasil siasatan lanjut, jiran wanita terbabit memaklumkan mangsa tidak kelihatan selama dua minggu dan usaha menghubunginya turut gagal.

“Siasatan di tempat kejadian juga tidak menemui sebarang unsur jenayah, kemungkinan kematian berpunca daripada penyakit kronik yang dihidapi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Shan Gopal proses bedah siasat akan dijalankan hari ini dan menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan apa-apa spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar berhubung insiden terbabit. — BERNAMA

BERITA LAIN

Malaysia kekal pertahan hak Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia kekal mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau berkata pendirian itu turut dinyatakan

Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul isteri

PORT DICKSON: Seorang juruteknik yang rakaman video perbuatan dia memukul isterinya menjadi tular di media sosial bulan lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari

Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini. Pemergian pelakon itu pada usia 62

BERITA TERBARU