ARTIKEL

Wanita maut ditikam di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membunuh seorang wanita dengan menikamnya menggunakan sebilah pisau di Pusat Komersil Sibu Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili ketika dihubungi malam tadi mengesahkan saspek berusia 28 tahun berjaya dicekup pada jam 9.20 malam pada Jumaat bagi siasatan lanjut.

Beliau juga memberitahu semasa ditahan, polis turut merampas sebilah pisau daripada saspek sebagai barang kes.

Jelasnya lanjut, kejadian berlaku pada jam 3 petang apabila mangsa berusia 24 tahun terdahulu dijumpai terbaring sambil berlumuran darah di kawasan kaki lima kedai oleh orang awam.

“Semasa dijumpai mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai berada dalam keadaan separuh sedar sambil memegang bahagian perutnya yang cedera parah dipercayai ditikam dengan objek tajam.

“Orang awam kemudian menghubungi ambulans bagi tindakan lanjut dan dia dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, kata Zulkipli, polis dimaklumkan oleh suaminya, mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital Sibu pada jam 11.30 malam Jumaat.

Baca lain  PH tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan GPS

Justeru, katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU