ARTIKEL

Wanita maut kemalangan di Jalan Tanjung Manis – Kampung Jerijih Belawai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BELAWAI: Seorang wanita maut setelah kereta yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Tanjung Manis – Kampung Jerijih Belawai sekitar jam 7 malam pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitendan Awang Alfian Awang Bujang berkata mangsa yang berusia 54 tahun dan berasal dari Jalan Kampung Jerijih Baru itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Belawai.

“Kejadian dilaporkan berlaku apabila pikap terbabit dalam perjalanan menuju ke Tanjung Manis berlanggar dengan sebuah kereta jenis Proton Persona yang bergerak dari Tanjung Manis ke Kampung Jerijih Belawai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata pemandu kedua-dua kenderaan terbabit turut cedera dan telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Belawai.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan  1987.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU