SARATOK: Seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Simpang Roban sekitar jam 7.23 malam Rabu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok diketuai komander operasi Nasir Drahman digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat mangsa yang terlibat.
“Setiba pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati mangsa yang menaiki kereta Bezza masih berada di tempat duduk penumpang belakang kenderaan.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Manakala, enam mangsa lain dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya lagi.