Trending

Wanita maut, motosikal berlanggar Hilux di Batu 9

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang wanita berusia 32 tahun meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis pikap di hadapan simpang Taman Emas Batu 9, Jalan Kuching-Serian, pada Sabtu.

Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 10.18 malam menyebabkan mangsa tersepit di bawah kenderaan terbabit sebelum pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan hadir bertindak mengeluarkan mangsa.

BERSIH…Pasukan Bomba membersihkan sisa-sisa kemalangan di lokasi kejadian

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kenderaan terbabit sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak KKM.

“Mangsa dikenali sebagai Nurizaliana Mazlan disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.

Insiden membabitkan dua mangsa cedera parah (termasuk arwah), manakala seorang lagi mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang tidak diketahui identitinya dilaporkan mengalami kecederaan.

Sementara itu, pasukan bomba meneruskan pembersihan sisa-sisa kemalangan di lokasi sehingga terkawal.

Operasi menyaksikan seramai enam anggota BBP Siburan terlibat diketuai PBK II (KUP) Abu Talip Abu Seman selaku Komander Operasi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru