Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Wanita maut, motosikal hilang kawalan di jejambat Serian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa mengalami kerosakkan setelah berlanggar tembok pembahagi jalan Jejambat Serian.

SERIAN: Seorang wanita maut dalam kemalangan di Kilometer 60, Jalan Kuching-Serian, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 malam, mangsa, 21 tahun bersama seorang seorang lelaki berumur 22 tahun menunggang dua buah motosikal dari Kuching menuju ke Balai Ringin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, setibanya di lokasi, motosikal yang ditunggang mangsa telah hilang kawalan semasa melalui selekoh di atas jejambat (Bulatan Durian) arah menuju ke Serian.

“Motosikal yang ditunggang oleh mangsa telah melanggar tembok pembahagi jalan lalu mengelongsor dan melanggar motosikal yang ditunggang oleh penunggang lelaki yang berada di hadapan.

Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa mengalami kerosakkan setelah berlanggar tembok pembahagi jalan Jejambat Serian.

“Penunggang lelaki telah terjatuh bersama motosikal yang ditunggangnya sementara mangsa telah tercampak ke laluan bersebelahan dan mengalami cedera parah di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Alexson berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Serian dan di bawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Manakala katanya, mangsa lelaki yang cedera telah dibawa ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru