ARTIKEL

Wanita maut, pacuan empat roda bertembung lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI :  Seorang wanita maut selepas pacuan empat roda yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lori  di Jalan Sarikei- Saratok, di sini, malam tadi.

Insiden kira-kira jam 11.30 malam itu mengakibatkan, Julia Chenderang, 54, tersepit di dalam kenderaan terbabit sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, empat mangsa lain termasuk di dalam kenderaan itu turut mengalami kecederaan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut.

“Lori terbabit dipercayai menghala ke Kuching manakala kenderaan mangsa pula dari arah yang bertentangan sebelum bertembung di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei menerima panggilan kecemasan pada jam 11.39 malam sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk menghulurkan bantuan.

Setibanya di lokasi katanya, bomba mendapati di dalam pacuan empat roda itu terdapat lima orang mangsa dan salah seorangnya  masih tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

“Kita berjaya mengeluarkannya namun mangsa telah disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, pemandu lori dan kelindan yang masing-masing berusia 43 dan 27 tahun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan Bomba turut melakukan kerja-kerja membersihkan sisa kemalangan dan tumpahan minyak di tempat kejadian. Setelah memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada 12.43 tengah malam. 

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar