SIMUNJAN: Wanita maut apabila van dipandunya berlanggar dengan sebuah lori di Jalan Serian-Sri Aman, Kampung Sungai Pinang, di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 10.15 pagi.
“Mangsa tersepit di ruang pemandu van dan dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas.
“Setelah diperiksa oleh pasukan paramedik, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya mayat mangsa berusia 43 tahun itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.




