ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Wanita mengaku bunuh bekas suami dengan gunting

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TAWAU: Seorang wanita mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah menikam bekas suaminya, Nurman Bakaratu dengan gunting selepas berlaku pertengkaran antara mereka di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di ladang kelapa sawit pada malam 13 Jan tahun lepas.

Nurimah Juli, 35, berkata pada hari berkenaan lebih kurang pukul 7 malam, beliau dan Nurman pergi ke ladang kelapa sawit menaiki kereta Myvi berwarna putih yang dipandu arwah, yang terletak 25 minit daripada sebuah hotel di sini untuk berbincang mengenai pernikahan semula mereka.

“Saya ajak arwah Nurman pergi ke ladang itu dan dia tanya ‘apa dan siapa ada di sana. Saya kata kau nak nikah sangat dengan saya dan dia cakap ya, saya betul-betul mau nikah sama kau. Saya terus bawa dia ke ladang dan sepanjang perjalanan kami bertengkar kerana dia cakap dia tidak nampak siapa wali saya (untuk bernikah).

Saya guna Google maps untuk pergi ke sana dan kami tiba di ladang kelapa sawit itu kira-kira 8 malam. Semasa masuk ke simpang ladang kelapa sawit, saya memilih sendiri jalan sebelah kiri dan berhenti di situ. Ketika itu arwah marah pada saya dan kata ‘kau mau main-main sahaja’. saya cuba tekan maps tetapi tidak dapat, saya pindah dari tempat duduk sebelah pemandu ke belakang pemandu,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Rohaiza Abd Rahman di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Baca lain  Inisiatif kerajaan Persekutuan, Sarawak bantu penggiat industri pelancongan hadapi kesan Covid-19

Nurimah berkata apabila sampai ke satu tempat berpokok besar, dia ditampar oleh bekas suaminya di muka dan dia naik berang dan cuba melawan balik Nurman.

“Dia kata kau ini menipu saja sama saya. Kau tidak mau nikah sama saya dan arwah meminta mereka patah balik kerana di situ jalan mati.

Selepas itu, dia cuba pusing balik dan waktu itu dia pukul saya dengan tangan kirinya. Kemudian saya tidak dapat kawal emosi dan terus ambil gunting dalam beg saya dan menikamnya. Tiada sesiapa berada di situ,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata demikian semasa hari kelapan perbicaraan kes bunuh Nurman, 61, membabitkan lapan tertuduh iaitu bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Mat Zaki Md Zain, enam anggota polis dan seorang awam.

Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, John Kennedy Sanggah, 44, dan Vivien Fabian, 34, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di sini, antara 7.30 hingga 11.30 malam pada 13 Januari tahun lepas.

Baca lain  Cukai minuman bergula mampu kurangkan obesiti, penyakit berkaitan

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mat Zaki, 59, pula didakwa dengan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

Disoal TPR Rohaiza, apakah tujuan saksi membawa arwah ke ladang kelapa sawit, Nurimah menjawab, “Pada masa itu saya tidak pasti apa tujuan sebenar saya tetapi dia mendesak mahu menikah dan minta wali keluarga, jadi saya tidak tahu buat apa dan kami bergaduh dalam kereta”.

Kepada soalan Rohaiza, saksi berkata pada 12 Jan 2023, arwah ada menghubungi dan meminta untuk berjumpa bagi memulangkan telefon yang dirampas arwah pada 9 Jan di sebuah kelab di Lahad Datu.

“Dia juga merayu ingin merujuk balik dengan saya dan minta untuk bernikah dengan saya. Saya setuju dan cadangkan kami pergi ke Tawau. Kami tiba di Tawau pada 12 Jan dan keesokannya, arwah mengajak saya membeli baju dan cincin nikah,” katanya yang sebelum ini bernikah dengan Nurman pada 2017 sebelum bercerai pada 2021.

Baca lain  Pegawai kanan tentera mengaku tak bersalah pikat isteri orang

Disoal TPR Rohaiza mengenai hubungan saksi itu dengan Nurman selepas bercerai, wanita itu menjawab “hubungan kami memang tidak baik dan selepas bercerai, Nurman masih mengekorinya di mana sahaja saya bekerja”.

Mat Zaki bersama tujuh lelaki itu hari ini dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah atas pertuduhan masing-masing selepas pendakwaan memaklumkan tidak mahu meneruskan kes terhadap kesemua tertuduh selepas mendengar keterangan Nurimah yang mengaku membunuh Nurman. –BERNAMA

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

Isu DNB diputuskan minggu depan – Anwar

SHAH ALAM, Selangor: Isu berhubung dakwaan bahawa Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman akan diputuskan kerajaan pada minggu depan, kata Perdana Menteri

BERITA TERBARU

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu