ARTIKEL

Wanita miliki wang secara tidak sah didenda RM2,000 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Gambar hiasan

KUCHING: Seorang wanita didenda RM2,000 atau 40 hari penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memiliki sejumlah wang RM100,390 secara tidak sah selepas akaun peribadinya dijadikan keldai akaun.

Tertuduh Zarifah Mohamad, 46, mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.

Mengikut keempat-empat pertuduhan, dia telah memiliki wang secara tidak sah dalam akaun peribadinya dengan jumlah keseluruhan RM100,390 yang dimasukkan secara berperingkat.

Dia didakwa memiliki wang tersebut di sebuah bank di Jalan Laksamana Ang Cheng Ho pada bulan September, Oktober dan November tahun lalu.

Pendakwaan bagi semua pertuduhan di bawah Seksyen Seksyen 37(1), Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda RM500 jika sabit kesalahan.

Menurut fakta, mangsa yang merupakan warga emas wanita berusia 64 tahun telah berkenalan dengan seorang lelaki bernama Chung Ah Young yang menyatakan dari Carlifornia melalui laman sosial Facebook.

Semasa perkenalan tersebut, lelaki berkenaan menyatakan hendak meminjam sejumlah wang dari mangsa untuk perniagaan ‘Gold & Diamond’ yang berada di Singapura.

Mangsa yang tertipu dengan lelaki tersebut kemudian memasukkan sejumlah wang secara berperingkat setiap bulan bermula bulan September hingga November ke dua  akaun peribadi dan salah satu daripadanya bernama Zarifah Mohamad (tertuduh) sebelum menyedari diri ditipu.

Mangsa kemudian, membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 14 Oktober lalu.

Hasil siasatan, tertuduh telah membuka satu akaun peribadi di sebuah bank di Selangor dan menyerahkan kad ATM miliknya kepada individu lain.

Namun demikian, tertuduh gagal mengemukakan butiran maklumat individu tersebut.

Selain itu, transaksi penyata akaun peribadi tertuduh telah menerima 31 transaksi wang masuk dengan jumlah keseluruhan RM100,390.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta