ARTIKEL

Wanita muda, 27 jadi mangsa ke 300 kematian Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak merekodkan enam kes kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di negeri ini meningkat kepada 300 orang.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, antara enam kes kematian yang dilaporkan terdapat satu kes melibatkan wanita warga tempatan (Sarawak) berusia 27 tahun yang juga merupakan kes kematian ke-300 dan kes 46,629.

“Kes telah mendapatkan rawatan kesihatan di sebuah hospital swasta kerana mengalami gejala batuk dan kesukaran bernafas, saringan ujian Rapid Molecular telah di buat dan dikesan positif Covid-19 pada 29 Mei 2021.

“Kes dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan selanjutnya, keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mei 2021. Kes ini juga mempunyai ko-morbiditi penyakit asma,” katanya menerusi kenyataan harian perkembangan Covid-19 di Sarawak, hari ini.

Tambah JPBN, Kes kematian ke-295 adalah kes ke-48,032 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 65 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Bintulu kerana mengalami gejala demam, batuk, kurang selera makan dan kesukaran bernafas selama tiga hari.

“Kes disahkan positif Covid-19 pada 10 Mei 2021 dan meninggal pada 28 Mei 2021. Kes ini mempunyai ko-morbiditi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang,” ujarnya.

JPBN memaklumkan, kes kematian ke-296 adalah kes ke-47,190 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 77 tahun yang telah dibawa ke Hospital Mukah oleh ahli keluarga tetapi setibanya di hospital tersebut kes tidak menunjukkan sebarang tanda bernyawa.

“Menurut sejarah kesihatan, kes didapati mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas, kes disahkan meninggal dunia pada 30 Mei 2021.

“Dan kes ini mempunyai ko-morbiditi penyakit darah tinggi dan penyakit jantung. Kematian ini dikategorikan sebagai Brought-In Dead (BID),” jelasnya.

Bagi kes kematian ke-297 adalah kes ke-41,596 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 72 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami kesesakan pernafasan.

“Kes didapati mulai bergejala demam, batuk, kurang selera makan dan kesukaran bernafas sejak tiga hari yang lalu dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mei. Kes ini mempunyai ko-morbiditi penyakit darah tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, JPBN memberitahu kes kematian ke-298 adalah kes ke-37,464 melibatkan seorang lelaki warganegara tempatan (Sarawak) berumur 66 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Serian dan disahkan pada 10 Mei.

“Kes telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak kerana memerlukan rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mei 2021.

“Kes ini mempunyai ko-morbiditi penyakit darah tinggi, penyakit buah pinggang dan dislipidemia. Kes ini melibatkan Kluster Tebakang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, JPBN berkata bagi kes kematian ke-299 adalah kes ke-46674 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 72 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak kerana mengalami sakit di bahagian dada selama dua hari.

“Kes disahkan positif Covid-19 pada 30 Mei 2021 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mei 2021. “Kes ini mempunyai ko-morbiditi penyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia,” tegasnya.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU