ARTIKEL

Gambar hiasan

Wanita muda mengaku salah beli loteri tanpa lesen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM800 atau penjara dua minggu terhadap seorang wanita tempatan kerana terlibat dalam pembelian loteri awam tanpa lesen dalam sebuah premis kedai di Siburan, Februari lepas.

Vivia Ann Rozer, 21, dari Kampung Tebakang itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu dalam sebuah premis kedai di Siburan, sekitar jam 5.15 petang, 24 Februari lepas.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, sepasukan polis dari IPD Padawan telah melakukan menyerbu di sebuah premis yang dipercayai terlibat dalam penjualan tiket loteri awam tanpa lesen.

Hasil serbuan berjaya menahan seorang wanita yang sedang duduk dalam kedai berkenaan dipercayai sedang mengendalikan aktiviti membeli tiket loteri.

Barang-barang kes turut dirampas seperti seunit telefon bimbit, sebatang pensel, keratan kertas bertulis angka-angka loteri dan wang tunai berjumlah RM329.

Hasil siasatan mendapati tertuduh memiliki tiket nombor loteri awam tanpa lesen.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Bekas wartawan penyiaran Sarawak meninggal dunia

KUCHING: Bekas wartawan penyiaran dari Sarawak, Datuk Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di sini semalam. Menurut laporan TVS hari ini, berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Faisal

BERITA TERBARU