ARTIKEL

Freepik

Wanita perlu bijak kawal emosi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TIDAK dinafi kan, wanita memikul tanggungjawab besar sebagai isteri, ibu, penjaga keluarga, pengurus rumah tangga dan warga kerja negara.

Di Malaysia, tenaga kerja wanita berdaftar sentiasa meningkat setiap tahun. Bahkan, lebih 70 peratus pelajar di universiti adalah wanita.

Kecemerlangan mereka dalam pendidikan tidak diterjemahkan kepada penyertaan yang lebih besar dalam tenaga kerja.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, di peringkat global, wanita memegang peranan penting dalam ekonomi, khususnya dalam sektor pertanian yang membentuk sehingga 43 peratus tenaga kerja.

Di sesetengah negara pula meningkat sehingga 70 peratus.

Malah, peranan wanita katanya, menjadi lebih jelas apabila separuh daripada penduduk Malaysia adalah wanita.

Berdasarkan laporan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada 2023 dianggarkan 33.4 juta penduduk dengan 15.9 juta wanita.

Jelasnya, nisbah antara lelaki dan wanita sekitar 109:100 dan hampir 70 peratus daripada mereka yang berada di institusi pengajian tinggi adalah wanita.

Berbekalkan pendidikan serta kegigihan, golongan wanita mampu menembus tembok penghalang dan membuktikan mereka mampu menggalas tampuk kepimpinan.

KESIHATAN MENTAL

Bagaimanapun, dedah beliau, kesihatan mental adalah aspek penting yang sering diabaikan.

Ia perlu diberi perhatian kerana kesihatan fi zikal penting untuk menjamin kesejahteraan wanita secara menyeluruh.

Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 41.9 peratus wanita menghadapi masalah kesihatan mental, dibandingkan lelaki — 29.3 peratus.

Harus diingat, kesihatan mental sangat penting kepada wanita kerana ia boleh memberi kesan terhadap diri dan sesiapa di bawah jagaan mereka.

Apabila wanita mengalami masalah kesihatan mental, kemampuan menjalankan tanggungjawab seharian mereka boleh terjejas. Ia menjejaskan kesejahteraan dan kesihatan ahli keluarga yang lain.

Sebagai contoh, apabila wanita dilanda kemurungan, fi kiran negatif akibat kemurungan boleh menyebabkan mereka membuat keputusan kurang baik dalam pilihan pemakanan atau cara penjagaan anak-anak.

Malah, tanggungjawab yang semakin bertambah tanpa pertambahan sistem sokongan boleh menimbulkan kesukaran untuk menjayakan segala tanggungjawab mereka.

Oleh itu, sokongan emosi amat penting bagi wanita terutamanya ketika mereka melalui perubahan atau kehilangan dalam hidup.

Ini kerana, sifat semula jadi wanita selalunya ingin meluahkan perasaan mereka.

Perasaan mereka bertambah baik apabila masalah didengari.

PENJAGAAN DIRI

Dalam kesibukan wanita menjaga ahli keluarga atau orang lain, mereka perlu melapangkan masa untuk aktiviti penjagaan diri — memberi kepuasan diri seperti bersantai, berekreasi, hobi, hiburan dan sebagainya.

Justeru, tidak dinafi kan bahawa pengawalan emosi yang baik dan sihat diperlukan oleh wanita terutama untuk menjadi hebat apabila berada di tempat kerja.

Jika wanita bijak mengawal emosi ketika berada dalam situasi kritikal, ia dapat mempamerkan tingkah laku positif dalam menangani sebarang cabaran dan krisis yang tiba.

Seterusnya, kejayaan wanita dalam mengawal emosi di peringkat pertengahan dan pengurusan dapat mengubah persepsi masyarakat. Pengawalan emosi yang baik juga dapat meningkatkan kesejahteraan hidup serta kesihatan mental.

Petikan kata-kata daripada Hamka: “Perempuan ialah tiang negara.

Jika perempuannya baik, baiklah negara dan jika mereka buruk, buruklah pula negara”.

Ia mencerminkan bahawa wanita hebat itu mempunyai peranan besar dalam pembangunan sesebuah negara.

BERITA LAIN

Bank makanan siswa

PROGRAM bank makanan siswa institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan inisiatif kesinambungan Program Food Bank Malaysia yang dilancarkan pada 22 Disember 2018. Ia adalah untuk membantu

Atur masa makan

DIET cara Intermittent Fasting (IF) semakin popular sejak kebelakangan ini . Ia dikenali sebagai pendekatan kaedah pemakanan yang sihat merangkumi kitaran waktu berpuasa dan waktu

Ekonomi karbon Sarawak

SARAWAK berpotensi mewujudkan tempat menyimpan karbon dari hutan kekal bagi menggalakkan penyerapan karbon dan menjalankan skim penanaman pokok untuk kredit karbon. Malah, pelaksanaan kredit karbon

Tugas RELA semakin penting

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) semakin diperlukan dalam komuniti. Jika kita melihat, ketika keramaian ataupun majlis, tentu ada perkhidmatan RELA digunakan seperti mengawal keadaan seperti lalu

LAIN GENERASI, LAIN PANDANGAN

KALAU dahulu susah, zaman sekarang senang… semua boleh dapat. Pernahkah kita dengar ungkapan demikian? Biasanya ia datang daripada generasi lebih berusia atau lebih tepat, orang

Pilihan laluan kemahiran

SELAIN KATEGORI pekerjaan mengikut tahap kompleks, pekerjaan kemahiran, seperti pekerjaan laluan akademik juga boleh dikategori mengikut jenis pensijilan. Kumpulan persijilan mengikut keperluan perundangan ialah kemahiran

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri