ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

Wanita pesara kerajaan rugi RM122,000 ditipu bomoh China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Akibat percaya dirinya bernasib malang, seorang wanita pesara kerajaan kerugian kira-kira RM122,000 selepas diperdaya oleh tiga bomoh warga negara China.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Lim Jaw Shyong berkata kejadian berlaku apabila mangsa yang berusia dalam lingkungan awal 60-an didatangi tiga wanita China itu semasa berada di pasar tani Pekan Batu 10, Kota Padawan kira-kira jam 6 pagi semalam.

Katanya, modus operandi suspek adalah meminta bantuan mangsa untuk mencari seorang lelaki bernama Akek yang dipercayai pengamal perubatan tradisional.

Menjelas lanjut, beliau berkata ketiga-tiga suspek kemudian mempelawa mangsa untuk pergi bersama-sama dengan mereka mendapatkan rawatan dari Akek kerana mangsa dikatakan bernasib malang.

“Mangsa telah diarahkan untuk masuk ke dalam sebuah kenderaan dinaiki suspek sebelum suspek mengambil seutas rantai leher emas dan seutas rantai tangan emas yang dipakai mangsa,” beliau memaklumkan dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Lim berkata mangsa juga diarahkan mengambil barangan berharga miliknya yang disimpan di rumah untuk diserahkan kepada mereka bagi tujuan perubatan.

Selepas itu, katanya, mangsa pulang ke rumah dan mengambil wang tunai RM1,200, mata wang Yen bernilai 50,000 dan pelbagai barangan kemas lalu menyerahkan kepada suspek.

Beliau menambah, suspek kemudian memberikan satu beg berwarna merah berisi barangan kepada mangsa, dan memberitahu syarat bahawa beg tersebut tidak boleh dibuka dalam tempoh sembilan hari.

Lim berkata mangsa hanya menyedari ditipu apabila membuka beg tersebut dan mendapati ia hanya mengandungi dua botol air mineral serta sebungkus garam sahaja.

Susulan itu, katanya, mangsa tampil membuat laporan polis semalam untuk siasatan dan tindakan segera.

BERITA LAIN

PCS diterima sebagai parti komponen GRS

KOTA KINABALU, Sabah: Parti Cinta Sabah (PCS) hari ini diterima sebagai parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.

BERITA TERBARU

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti