ARTIKEL

Wanita Portugis berusia 100 tahun kongsi sambutan Krismas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MELAKA: Menginjak usia 100 tahun, Evelyn Lowe masih mampu mengingati setiap detik kehidupannya dengan baik terutama menjelang sambutan Krismas setiap tahun.

Menetap di Perkampungan Portugis di Ujong Pasir di sini, dia berkata wajik dan dodol antara juadah akan disediakannya di samping Kari Debal, Chap Chai, Chilie Pickle atau acar cili dan beberapa jenis kek yang dibuat sendiri sebagai simbolik meraikan perayaan.

“Sama seperti orang Islam meraikan Hari Raya, saya akan buat sendiri wajik dan dodol untuk dijamu kepada tetamu yang bertandang.


“Namun, atas faktor usia serta pernah cedera di pinggang kerana jatuh kerusi beberapa tahun lepas, saya tidak lagi memasak juadah-juadah berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini.

Ibu kepada 10 anak itu berkata, perayaan Krismas juga disambut secara sederhana pada setiap tahun kerana anak-anaknya juga sudah berusia dan tinggal berjauhan.

Evelyn berkata anak-anaknya tinggal di Sabah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan ada juga yang telah berhijrah ke Singapura dan Australia.

“Suami meninggal dunia kira-kira 35 tahun dahulu dan dua anak lelaki saya juga telah meninggal dunia beberapa tahun.

“Kerana faktor umur dan kesihatan, anak-anak lain juga tidak pulang menyambut Krismas kali ini. Mereka ada meminta saya untuk tinggal bersama mereka namun saya memilih untuk tinggal di sini dan mereka mengupah jururawat untuk menjaga saya,” katanya.

Mengimbas kenangan ketika mereka sekeluarga masih bersama-sama, Evelyn berkata dia dan pasangannya mendiang Maurice Lowe, akan memulakan sambutan perayaan dengan pergi ke gereja berhampiran rumah sebelum ke gereja utama St. Peter’s di Jalan Bendahara.


Katanya, mereka sekeluarga kemudiannya akan menjamu selera dengan hidangan yang disediakannya termasuklah wajik dan dodol.

Ditanya mengenai rahsia dirinya masih mempunyai ingatan kuat dan kesihatan yang masih baik, dia berkata kehidupan zaman dahulu tanpa bantuan teknologi menyebabkannya masih sihat.

“Kalau ke hospital, doktor terkejut apabila mendapat tahu saya telah mencecah usia 100 tahun dan masih mampu mengingati bahasa Portugis dengan baik, mereka suka menguji daya ingatan saya.

“Masyarakat dahulu banyak berjalan kalau nak ke mana-mana… mungkin itu antara penyebab saya masih sihat sampai sekarang kecuali kecederaan di pinggang ini,” katanya. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

2,338 menara telekomunikasi siap dibina

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,338 menara telekomunikasi baharu daripada 3,884 yang dirancang melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk menaik taraf jaringan jalur lebar di seluruh

67 peratus responden setuju PLKN diwujudkan semula

KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan