Trending

Wanita rugi RM600,000 akibat panik diperdaya ‘Phone Scam’

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar Hiasan

SIBU: Seorang penjawat awam wanita di sini mengalami kerugian RM600,000 akibat panik ketika diperdaya oleh sindiket ‘Phone Scam’.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mohd Azman Sapri berkata, pada awal Ogos lalu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an menerima panggilan daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai syarikat kurier di Perak.

Katanya suspek memberitahu mangsa ada menghantar bungkusan yang mengandungi beberapa kad pengenalan, namun apabila dia menafikan, talian itu disambungkan kepada seseorang kononnya ketua balai polis Perak yang memarahinya kerana tidak bekerjasama dengan mereka.

“Selepas itu, mangsa menerima mesej dalam WhatsApp daripada seorang lagi suspek yang memaklumkan dia terlibat dalam pengubahan wang haram.

“Memandangkan mangsa panik, dia mengikut segala arahan suspek dan memasukkan sebanyak RM20,000 ke dua akaun yang kononnya untuk pengauditan Bank Negara.

“Tidak lama selepas itu dia diminta untuk mendepositkan lebih banyak wang, menyebabkan mangsa mengeluarkan wang simpanannya serta membuat pinjaman bank, dengan kesemuanya berjumlah RM580,000 dan kesemua wang itu kemudian dimasukkan ke lima akaun bank berbeza,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Azman berkata mangsa yang menyedari ditipu apabila suspek tidak dapat dihubungi lagi, tampil membuat laporan polis pada 12 September lepas untuk tindakan lanjut.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru