ARTIKEL

Wanita tempatan didenda RM1,000 terlibat pembelian loteri tanpa lesen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara tiga minggu terhadap seorang wanita tempatan kerana terlibat dalam pembelian loteri awam tanpa lesen dalam sebuah premis kedai di Siburan, awal Disember lalu.

Erren Kasim, 30, dari Kampung Panggil, Sri Aman, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di sebuah premis kedai Batu 17, Siburan, sekitar jam 4.10 petang, 2 Disember lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan telah melakukan penyerbuan di sebuah premis yang dipercayai terlibat dalam penjualan tiket loteri awam tanpa lesen.

Hasil serbuan berjaya menahan seorang wanita yang sedang duduk dalam kedai berkenaan dipercayai sedang membeli tiket loteri.

Barang-barang kes turut dirampas seperti sebatang pensel, keratan kertas bertulis angka-angka loteri dan wang tunai berjumlah RM299.

Hasil siasatan mendapati tertuduh memiliki tiket nombor loteri awam tanpa lesen.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta