Trending

Wanita terselamat, kereta langgar lampu dan pembahagi jalan di Jalan Kuching-Serian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Seorang wanita terselamat selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan kendiri, langgar lampu dan pembahagi jalan.

SIBURAN: Seorang wanita terselamat dalam kemalangan kendiri selepas kereta dipandunya melanggar lampu dan pembahagi jalan di KM 25, Jalan Kuching-Serian, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 5.31 pagi.

Pasukan bomba membuat pembersihan jalan akibat sisa kemalangan.

Katanya, mangsa berumur 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian.

“Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa telah keluar sendiri dari dari kenderaan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak bomba melakukan pembersihan jalan dari sisa kemalangan.

“Setelah selesai dan memastikan keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik semula ke balai,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru