ARTIKEL

Wanita Thailand ditahan disyaki seludup kaki ayam dari Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Seorang wanita Thailand berusia 46 tahun ditahan di Songkhla, selatan Thailand pada Khamis kerana disyaki menyeludup masuk kaki ayam bernilai RM77,972 dari Malaysia.


Bahagian Polis Perlindungan Pengguna (CPPD) di bawah Biro Siasatan Pusat (CIB) Daerah Hat Yai diketuai Lt Kol Polis Anand Buakaew berkata pasukan itu sebaik sahaja mendapat maklumat menyerbu sebuah pondok di Daerah Hat Yai yang dijadikan sebuah gudang sejuk beku untuk menyimpan karkas haiwan, terutamanya ayam itik yang diseludup dari Malaysia.


“Semasa operasi pasukan itu memberkas wanita terlibat yang juga merupakan penjaga gudang itu dan menemukan 5,664 kilogram (kg) kaki ayam, 565kg kaki ayam dibuang tulang menjadikan jumlah keseluruhannya 6,229kg bernilai hampir 600,000 baht,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini pada Jumaat.


Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai dokumen untuk menunjukkan sumber negara asal anggota ayam itu selain daripada permit untuk membawa masuk karkas haiwan ke negara ini dan permit untuk membawa haiwan atau karkas keluar atau masuk dalam satu-satu zon ditetapkan.
“Kesemua item dirampas dan dihantar ke pegawai penyiasat di Balai Polis Hat Yai untuk proses perundangan seterusnya,” katanya.

-Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen