ARTIKEL

Hilmy Othman. - Foto: Ghazali Bujang

Warden trafik ditambah daripada 28 ke 58 tangani isu kesesakan jalan raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menambah bilangan warden trafik bagi menangani isu kesesakan jalan raya pada waktu puncak di kawasan pentadbiran mereka.

Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman, berkata dengan penambahan populasi di Kuching, kesesakan jalan raya menjadi isu yang serius.

Justeru tambahnya, DBKU akan meningkatkan jumlah warden trafik daripada 28 kepada 58 orang sebagai penyelesaian jangka pendek.

“Dengan penambahan warden trafik, mereka akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan yang terjejas teruk,” katanya dalam wawancara khas bersama Suara Sarawak di Ibu Pejabat DBKU, di sini.

Jelasnya, DBKU perlu mengambil penyelesaian jangka masa pendek terlebih dahulu kerana melebarkan jalan agak mustahil dilakukan ketika ini.

“Sistem trafik semasa ketika ini tidak dapat ditambah baik dengan melebarkan jalan melainkan terdapat pembangunan baharu.

“Apabila terdapat pembangunan baharu, ia akan mengkaji kawasan terlebih dahulu seperti jalan raya dan aliran trafik sebelum jalan itu dilebarkan,” katanya.

Hilmy berkata, peningkatan dan penggunaan pengangkutan awam juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Bagaimanapun, hal berkaitan pengangkutan awam terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.

“Jadi kita akan adakan sesi dengan mereka memandangkan pengangkutan awam sedang dalam perancangan kementerian,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU