ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Warga Amerika didakwa sebabkan kematian lelaki tempatan di pusat hiburan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PETALING JAYA, Selangor: Seorang juruteknik warga Amerika Syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki tempatan di sebuah pusat hiburan pada bulan lepas. 

Thomas Joseph, 30, didakwa mencederakan K. Chandra Bose, 58, sehingga menyebabkan kematian mangsa di sebuah pusat hiburan di sini pada 12.30 tengah malam, 23 Mac lepas. 

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Anis Hakimah Ibrahim, tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

“Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam dan fakta bahawa tertuduh seorang warga asing.

“Jika jaminan diberi, terdapat risiko tertuduh melarikan diri serta tidak hadir pada prosiding akan datang,” katanya.
 
Bagaimanapun, Anis Hakimah berkata sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara untuk memberikan jaminan, pendakwaan mencadangkan kadar jaminan tinggi berserta syarat tambahan, iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah, melaporkan diri di balai polis setiap bulan, dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Baca lain  Peniaga lelaki mengaku salah simpan barang kawalan tanpa kebenaran

Peguam Datuk Suraj Singh, mewakili Joseph, memohon anak guamnya dilepaskan dengan jaminan kerana tertuduh menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan bukannya Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh, selain tertuduh akan mematuhi syarat-syarat tambahan yang dimohon pihak pendakwaan.

Hakim Dr Syahliza Warnoh tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 28 Mei bagi sebutan kes.

BERNAMA sebelum ini melaporkan mangsa maut selepas dikatakan ditumbuk seorang lelaki warga asing apabila berlaku pergaduhan, menyebabkan mangsa terjatuh dan belakang kepalanya pecah. – BERNAMA

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,