PADAWAN: Seorang lelaki warga asing disyaki ejen tambah nilai judi dalam talian ditahan polis hasil satu serbuan di sebuah kedai makan di Jalan Matang/ Batu Kawa di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Padawan, Supritendan Aidil Bolhassan berkata, suspek warga Indonesia berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan task force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan kira-kira jam 2 petang.
“Pasukan operasi turut merampas seunit telefon pintar, 38 keping wang tunai berjumlah RM289 dan sekeping kertas bertulis angka-angka disyaki id dan kata laluan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Aidil berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

