Warga asing miliki dadah berjaya dicekup di Mukah

MUKAH: Tindakan seorang warga asing cuba meloloskan diri gagal setelah suspek berjaya ditangkap kerana didapati terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah hasil serbuan dan tangkapan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah di sini Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau, suspek di tahan dalam satu tangkapan yang dilakukan pada jam 1.20 petang bertempat di belakang kedai makan YY Food Court Jalan Setiaraja Mukah.

“Suspek seorang lelaki warga Indonesia, berumur 40 tahun telah periksa oleh pihak BSJND kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Semasa tangkapan dibuat suspek telah mencampakan satu objek yang dipercayai dadah, menggunakan tangan kanannya ke arah tepi jalan berhampiran dan cuba untuk melarikan diri, disamping itu suspek turut bertindak agresif semasa tangkapan dijalankan,” katanya kepada Suara Sarawak.