ARTIKEL

Warga asing rugi RM62,000 ditipu individu menyamar kastam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang lelaki warganegara asing mengalami kerugian sebanyak RM62,000 akibat ditipu oleh suspek yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa, 40, bekerja sebagai kerani terpedaya ketika melakukan urusan pembelian barangan sukan melalui laman sosial Instagram.

“Setelah barang itu dihantar menggunakan perkhidmatan pos, suspek yang mengaku daripada pihak kastam telah menghubungi mangsa.

“Suspek mengatakan ia terpaksa ditahan kerana terlibat dengan barangan seludup dan perlu membuat bayaran bagi pelepasan daripada tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ujarnya, disebabkan mangsa panik dan risau, dia telah membuat 13 kali transaksi kewangan berjumlah RM62,000 ke akaun bank yang diberikan suspek.

“Mangsa menyedari dirinya tertipu ketika menceritakan perkara itu kepada ahli keluarga.

“Dia kemudian tampil membuat laporan polis dan kini siasatan sedang dijalankan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan pembelian atas talian khasnya daripada laman sosial.

“Jangan mempercayai pemanggil yang mengaku sebagai pihak penguat kuasa, apatah lagi yang meminta bayaran secara atas talian.

“Orang ramai juga dinasihati untuk segera menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika menjadi mangsa penipuan siber dan telah membuat transaksi pindahan wang,” ujarnya lagi.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan