ARTIKEL

Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit kemalangan di Nanga Meret Sungai Sagan Limbang.

Warga Brunei maut kereta terjatuh jambatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Seorang warga Brunei maut manakala rakannya parah selepas kereta Toyota Innova yang dinaiki dua lelaki itu terjatuh dari jambatan di Nanga Meret Sungai Sagan di sini, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Para Jack, 51, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit kemalangan di Nanga Meret Sungai Sagan Limbang.

“Setibanya di lokasi mendapati kedua-dua mangsa tersepit di dalam kenderaan.

“Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada jam 5.45 petang dan mengalami cedera parah.

“Manakala mangsa kedua dikeluarkan pada jam 6.25 petang namun disahkan meningggal dunia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP