KUCHING: Penyukatan tanah kampung tradisi tidak akan dihentikan selagi ia tidak selesai, meskipun Kerajaan Sarawak perlu menanggung kos yang banyak.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia bagi memastikan setiap kampung di Sarawak mendapat surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN).
“Banyak kampung tradisi sudah disukat tapi belum cukup.
“Kita tidak akan berhenti, kita terus sukat lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Komuniti Kampung Haji Baki dan Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bagi Kampung Semeba dan Kampung Tematu di Dewan Komuniti Kampung Haji Baki, di sini hari ini.