
BETONG: Warga emas maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan pacuan empat roda berhampiran pusingan P dekat Simpang Graji, Jalan Betong-Sarikei, pagi tadi.
Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Betong Vincent Baling Yabi, mangsa dikenali sebagai Abik Kundat berusia 85 tahun.
“Kematian warga emas terbabit disahkan oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Sementara empat individu yang menaiki Toyota Hilux yang berumur antara 25 hingga 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya, bomba terdahulu dimaklumkan tentang insiden oleh orang awam sekitar 10.45 pagi.
Kemudian, pasukan Charlie BBP Betong diketuai Edwin Jonani digegaskan ke lokasi.
Memandangkan tiada mangsa tersepit, pasukan bomba hanya membersihkan tempat kejadian daripada sisa-sisa kemalangan.