ARTIKEL

PDRM

Warga emas antara 19 lelaki ditangkap sabung ayam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Warga emas antara 19 lelaki ditangkap dalam Op Mega Dadu ketika leka menyabung ayam di tanah lapang kawasan hutan, Lorong Kedandi, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menyerbu lokasi terbabit.

Katanya, kesemua yang ditangkap merupakan warga tempatan berumur lingkungan 39 hingga 71 tahun.

“Turut dirampas seunit taji ayam, seekor ayam hidup dan dua ekor ayam mati serta seunti alat penimbang dan wang tunai berjumlah RM58,679,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahsmon berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Veterinar Kesihatan Awam 1999.

Katanya, kesalahan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

“Kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah pada 26 Mei 2024 di Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahsmon berkata, berdasarkan statistik bagi tempoh Januari sehingga 25 Mei 2024, sebanyak dua serbuan di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Veterinar Kesihatan Awam 1999 melibatkan 24 tangkapan warga tempatan dengan nilai rampasan berjumlah RM58,989.

Tambahnya, sebanyak 40 serbuan perjudian ekor yang disiasat di bawah Seksyen 4A(a) ARJT 1953 melibatkan seramai 35 tangkapan warga tempatan dan lima bukan warganegara dengan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM11,520.

BERITA LAIN

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

Sikap toleransi kunci perpaduan Sarawak

BALAI RINGIN: Sikap toleransi yang diamalkan oleh penduduk Sarawak merupakan kunci kepada perpaduan wilayah ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy