KUCHING: Pengundi mula memasuki Sekolah Kebangsaan En Buyong sebagai salah satu pusat mengundi di Petra Jaya, sekitar jam 7.30 pagi tadi.
Pusat mengundi SK En Buyong mempunyai lima saluran mengundi dengan menggunakan kelas telah disediakan.
Pengundi yang hadir diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan melakukan Mysejahtera, serta memakai pelitup muka dan berbaris menunggu giliran masing-masing.
Ketibaan pengundi disambut oleh para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengenal pasti saluran mengundi yang ditetapkan.
Dijangka calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerusi Dewan Undangan Negeri Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah akan tiba ke pusat mengundi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
