KUCHING: Cuaca yang baik mengizinkan jumlah pengundi yang amat menggalakkan keluar mengundi di pusat mengundi SK Rakyat, Jalan Haji Bolhassan, di sini.
Seawal jam 7 pagi, pusat ini sudah mula didatangi para pengundi daripada pelbagai lapisan masyarakat dari sekitar kawasan Dun Satok.
Walaupun dengan kehadiran yang ramai, keadaan di sini sangat teratur dengan pematuhan SOP yang ketat seperti penjagaan penjarakan sosial, memakai pelitup muka serta sentiasa membersihkan tangan menggunakan cecair sanitasi.
Menurut Petugas SPR, seramai 2,554 pengundi berdaftar di pusat berkenaan dengan jangkaan 80 peratus akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pusat ini ditutup jam 5 petang kelak.
Katanya, pengundi berdaftar paling tua adalah warga emas lelaki berusia 109 tahun, manakala paling muda berusia 22 tahun.