ARTIKEL

Operasi SAR diaktifkan hari ini.

Warga emas berusia 88 tahun dilaporkan hilang sejak cari sayur di hutan pada Isnin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seorang lelaki warga emas, yang berasal dari Lorong 29, Kampung Taie, Jalan Baki-Riih di sini, dilaporkan hilang ketika mencari sayur di hutan di sini pada Isnin lepas.

Komander Operasi, PBK I (KUP) Christopher Tungoh, berkata laporan kehilangan mangsa, Asui Langgang, 88, diterima pada jam 8.09 pagi hari ini.

“Sejurus panggilan diterima, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikerahkan ke lokasi dan tiba di kawasan tersebut pada jam 8.29 pagi,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Christopher, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diaktifkan hari ini dengan operasi pencarian dibahagikan kepada tiga sektor.

Katanya lagi, operasi pencarian dimulakan ditempat motosikal mangsa ditinggalkan di sekitar hutan, dan kumpulan satu dianggotai tujuh pencari bersama orang kampung serta seekor anjing pengesan bernama Bailey.

“Kumpulan satu telah membuat pencarian pada kawasan sekitar ladang kelapa sawit dan sungai kecil berdekatan.

“Sementara kumpulan dua dan tiga membuat pencarian di ladang kelapa sawit.

“Radius pencarian sekitar dua kilometer dari lokasi motosikal mangsa ditinggalkan.

“Setakat jam 12 tengah hari tadi, mangsa masih belum dijumpai,” katanya.

Terdahulu, kata Christopher, mangsa dilaporkan telah keluar dari rumah sekitar jam 9 pagi dengan menaiki motosikal untuk mencari sayur di hutan.

Bagaimanapun, katanya, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas itu.

“Pencarian awal telah dilakukan oleh ahli keluarga mangsa bersama orang kampung dan telah menemui motosikal yang digunakan oleh mangsa tetapi mangsa masih tidak dijumpai,” katanya.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya