ARTIKEL

REMUK…Keadaan kenderaan warga emas terbabit yang remuk akibat kemalangan

Warga emas cedera, kereta terlanggar belakang lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki warga emas cedera selepas kereta yang dipandu melanggar sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Stampin Tengah di sini, malam tadi.

Komander Operasi PBK II KUP Abang Zulkarnien Abang Alias berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.49 malam.

“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan dikerah ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Ujar Abang Zulkarnien, setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Perodua Kenari telah melanggar bahagian belakang sebuah lori.

“Mangsa yang berusia 71 tahun terbabit berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

“Lelaki terbabit juga telah diberi rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba hanya bertindak membersihkan serpihan kaca yang bertaburan di atas jalan raya dan selepas memastikan keadaan selamat, pasukan bertolak balik ke balai,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU