ARTIKEL

Warga emas dipenjara, pukul bekas isteri guna topi keledar 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Angkara cemburu buta, seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara satu tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memukul bekas isteri menggunakan topi keledar.

Tertuduh Zol, 60, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Maris Agan.

Maris Agan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap bekas isterinya berusia 35 tahun yang merupakan warga Filipina menggunakan sebuah topi keledar.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamatkan di Jalan Matang, Malihah, sekitar jam 1 petang, 27 April lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga sepuluh tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana berkaitan.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, bekas suami pengadu telah datang ke rumah kawannya kerana tidak berpuas hati dengan soal rumah tangga mereka.

Semasa berada di kawasan kejadian, tertuduh bertindak memukul bekas isterinya (pengadu) menggunakan topi keledar beberapa kali hingga menyebabkan kesakitan di bahagian kepala, bahagian belakang bahu dan lengan kiri.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh.

Hasil siasatan mendapati pengadu dan tertuduh telah bercerai tahun lalu serta mempunyai tiga orang anak.

Punca tertuduh bertindak agresif memukul bekas isterinya kerana pengadu dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan tertuduh masih mencari pengadu meskipun telah bercerai.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pukul isteri … tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah menuju ke tempat tahanan sementara.

BERITA LAIN

Jho Low catur operasi 1MDB – saksi

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, telah mencaturkan pengoperasian 1Malaysia Development Bhd (1MDB) walaupun tidak dilantik secara sah dan

BERITA TERBARU

Jho Low catur operasi 1MDB – saksi

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, telah mencaturkan pengoperasian 1Malaysia Development Bhd (1MDB) walaupun tidak dilantik secara sah dan