ARTIKEL

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner (ACP) Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihak polis menerima laporan daripada orang awam pada 2.30 petang.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis menjalankan pencarian dalam longkang berkenaan dan menemukan mayat lelaki itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan punca kematian disebabkan lemas serta tiada sebarang unsur jenayah.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222. — BERNAMA

BERITA LAIN

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di