Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Warga emas ditemui meninggal dunia di rumahnya

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MUKAH: Seorang warga emas ditemui meninggal dunia pada pagi tadi di rumahnya yang terletak di Kampung Jebungan Mukah.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata mayat si mati ditemui anak saudaranya sebelum beberapa kali menghubunginya melalui panggilan telefon untuk menemaninya membeli barang.

“Namun demikian panggilan telefon tidak dijawab lalu anak saudaranya membuat pemeriksaan ke rumah dan menemui ibu saudaranya dalam keadaan tergantung di hadapan pintu bilik mandi dengan menggunakan tali nilon yang diikat di leher.

“Terdapat satu kerusi plastik berhampiran mangsa yang turut disyaki digunakan si mati untuk memanjat sebelum menggantung diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan polis turut buat sejurus selepas itu oleh anak saudaranya sekitar jam 10.11 pagi.

Rizal berkata daripada hasil siasatan awal mendapati si mati Philips Jaya 67, tinggal seorang diri di rumahnya dan masih bujang sehingga kini.

“Si mati ialah anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Ke semua adik-beradiknya telah meninggal dunia. Manakala jarak antara rumah si mati dengan rumah jiran-jiran bersebelahan yang terdiri daripada saudara adalah hanya 10 meter sahaja.

“Hasil siasatan awal juga mendapati tiada berlaku pergelutan dan tiada unsur jenayah. Mayat telah dibawa ke Rumah Mayat Hospital Mukah untuk siasatan selanjutnya.

“Permohonan untuk bedah siasat juga dikeluarkan dan diserah kepada pihak hospital Mukah untuk tindakan lanjut,” ujarnya lagi.

Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR)

 

E-Paper

20 Mac 2023

Latest News