ARTIKEL

Warga emas ditemukan mati di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki warga emas ditemukan mati di dalam sebuah rumah di sebuah kawasan perumahan di Lorong 7, Krokop, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata mayat Lim Chai Hock, 74, lelaki warga tempatan itu ditemui setelah pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang menghidu bau busuk dari rumah tersebut pada pukul 10.16 pagi.

“Polis rondaan yang tiba ke lokasi mendapati semua pintu pagar serta pintu hadapan ditutup dan bau busuk yang kuat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata mangsa tinggal seorang diri di rumah itu manakala isteri dan anaknya tinggal di Semenanjung.

Lim berkata setelah mendapat bantuan bomba untuk membuka pintu, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan berbaring telungkup dan sudah reput.

“Kawasan sekitar rumah telah diperiksa, didapati semua pintu serta tingkap bilik ditutup dan dikunci dari dalam, semua barang si mati dalam keadaan baik,” katanya menambah mayat kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut. – Bernama

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha