ARTIKEL

Warga emas hilang ketika memancing, ditemui lemas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Seorang lelaki warga emasi yang dipercayai hilang di Sungai Lebaan Sibu pada Isnin lalu, ditemui lemas di Sungai Bintangor, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, penemuan tersebut juga turut disahkan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong dan IPD Sibu yang memaklumkan mangsa dikenali sebagai Ing Chung Kiew, 60.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati terdapat mayat seorang lelaki terapung dan telah diikat menggunakan tali pada sebuah kapal ikan yang berlabuh di Sungai Bintangor.

“Seterusnya, pasukan bomba lengkap dengan pakaian pelindungan diri (PPE) membantu mengangkat mayat mangsa dari sungai dan kemudian menyerahkan kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mayat kemudiannya dihantar terus ke Hospital Sarikei menggunakan kenderaan polis.

Terdahulu mangsa telah keluar memancing pada jam 10 malam, Ahad bersama-sama rakannya di sungai tersebut.

Pada jam 10 pagi hari Isnin, rakan memancingnya telah menghubungi isteri mangsa dan memberitahu mangsa dipercayai lemas semasa mengambil barang yang tertinggal di seberang sungai iaitu tempat suaminya memancing.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU