ARTIKEL

Warga emas hilang selepas keluar rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BELADIN: Seorang warga emas dikenali sebagai Nek Dillah masih hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak malam Isnin lalu.

Menurut Ketua Kampung Hilir Beladin Awang Subhi Awg Halil, mangsa Dillah Rigan, 69, berasal Kampung Hilir Beladin.

Katanya lagi, mangsa tidak memberitahu ahli keluarganya semasa keluar dari rumah.

“Laporan polis sudah dibuat. Begitu juga operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan oleh agensi penyelamat bersama-sama penduduk.

“Bagaimanapun, sehingga kini operasi masih buntu dengan tiada sebarang klu diperoleh,” katanya dihubungi, petang semalam.

Jelasnya, Nek Dillah berbadan kecil dan dipercayai menggunakan baju berwarna biru tua serta berseluar hitam ketika keluar rumah.

Orang ramai yang menjumpai Nek Dillah atau mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi nombor 01115873062 atau terus ke balai polis terdekat.

LAIN-LAIN BERITA

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan