SRI AMAN: Seorang warga emas dikenali sebagai Tipu Mukan, 82 dipercayai hilang selepas kali terakhir dilihat mengutip biji kelapa sawit di Kampung Engkeramut, semalam.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga Sri Aman Ramlan Marajan berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak saudara mangsa Bangga Ason selepas usaha mencari oleh penduduk kampung selama sejam tidak berhasil.
Difahamkan, Tipu sebelum ini pernah hilang sebanyak 2 kali pada Julai lalu, namun dijumpai kembali.
Ketika hilang semalam, mangsa menggunakan baju bewarna biru tua, seluar pendek hitam dan berkaki ayam.
Ramlan menambah, bomba mula melakukan pencarian bersama orang kampung dalam radias satu kilometer persegi malam tadi.
Pasukan mencari turut terjumpa kesan tapak kaki mangsa.