ARTIKEL

Warga emas jatuh longkang ditemui selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Orang ramai yang melalui jalan berdekatan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) North di sini dikejutkan dengan penemuan seorang lelaki warga emas dalam keadaan tertiarap di dalam longkang.

Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang kebetulan melalui lokasi kejadian sekitar jam 9.27 pagi semalam.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat seorang lelaki terjatuh ke dalam longkang.

“Setelah melakukan ‘size up’, mangsa dipercayai seorang lelaki berbangsa cina berumur dalam lingkungan 70-an,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi menyelamat dalam kadar segera dengan membawa mangsa yang masih hidup ke kawasan selamat.

“Mangsa kemudian diserahkan oleh pihak bomba kepada pasukan paramedik dan ambulans untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah selesai dan memastikan keadaan selamat, pasukan bomba melaporkan bertolak balik ke balai pada jam 10.06 pagi,” tambahnya.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

Bantu pusat jagaan warga emas

KUCHING: Syarikat besar di Sarawak diseru untuk membantu pusat jagaan warga emas seperti Lions Nursing Home terutama sekali dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

BERITA TERBARU