SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Warga emas maut dalam kejadian langgar lari

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
MAYAT mangsa terbaring di lokasi kejadian.

SIBU: Orang ramai atau saksi diminta untuk tampil memberikan maklumat berhubung kes langgar lari yang berlaku di Jalan Lanang pada malam tadi (Rabu).

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan hari ini berkata, kemalangan yang berlaku sekitar jam 9.30 malam itu telah meragut nyawa seorang lelaki warga emas.

“Lelaki tempatan berusia 72 tahun itu ketika kejadian sedang melintas jalan kemudiannya bergesel dengan sebuah kereta lalu terjatuh dan dilanggar sebuah kereta dari arah lorong kanan sebelum melarikan diri,” katanya.

Zulkipli berkata, akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ekoran itu, pihak polis meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil memberi maklumat kepada Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Salman Zulfitri Sheekandar di talian 013-9999269.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru